Mudah sahaja untuk memuat turun Primer. atau kepada diri sendiri

Primer

Perihal Primer

Primer merupakan apl mudah percuma dari Google yang menawarkan cara yang cepat dan mudah bagi para pemilik perniagaan dan sesiapa sahaja yang ingin mengembangkan kemahiran perniagaan dan pemasaran digital mereka secara pantas dan mudah.

Primer menggunakan cerapan dari pakar industri yang dipercayai untuk dijadikan pelajaran interaktif tanpa istilah yang memaparkan langkah-langkah praktikal seterusnya untuk mencapai matlamat perniagaan atau kerjaya anda. Pelajaran mengambil masa 5 minit atau kurang dan meliputi rangkaian topik yang sentiasa berkembang termasuk pemasaran e-mel, perkhidmatan pelanggan, pengurusan kewangan anda dan banyak lagi.

Untuk mula belajar, muat turun apl ke dalam telefon atau tablet anda. Kemudian, pilih salah satu topik untuk mendapatkan pelajaran yang sesuai dengan anda dan perniagaan atau kerjaya anda.

Apa Kata Mereka

“Ini merupakan sebuah alat pembelajaran yang sangat terurus. Pelan-pelan pelajaran kecil direka untuk memberi anda cerapan ke dalam pelbagai topik untuk membantu anda memulakan atau menguruskan perniagaan dengan baik.”

— Anurag B.

“Saya terkejut dengan betapa bagus dan bermaklumat apl ini. Sangat mudah untuk digunakan! Saya akan mengesyorkannya kepada semua kenalan saya yang berminat tentang pemasaran dan penjualan.”

— Dean R.

“Ia hebat sekali. Saya tidak pernah melihat sesuatu sepertinya. Antaramuka penggunanya menarik dengan kandungan bagus yang tersusun dengan baik sekali. Nasihat saya jika anda sedang mencari inspirasi bagi perniagaan atas talian adalah untuk mencubanya. Ia akan membuka minda dengan luas jika anda baru kepada pemasaran digital.”

— Jithil J.

“Ia bagaikan sebuah kursus pengurusan perniagaan sarjana mini - sesuatu yang sangat bernilai untuk para usahawan.”

— Colin C.

“Ia sangat berguna dan menghiburkan. Ia membuat saya berasa teruja tentang perniagaan saya, dan saya sukakan keseimbangan antara tahap keseronokan dan pendidikan apl in: ia menjadikan pembelajaran menghiburkan.”

— Tanpa Nama

“Bagus dan sangat berguna! Setiap kali saya ada masa terluang, saya akan mula membaca pelajaran baru dari bermain permainan. Saya rasa bagaikan saya sedang melabur masa saya dari membuangnya.”

— Rubiel J.