Mudah sahaja untuk memuat turun Primer. atau kepada diri sendiri

Primer

Soalan Lazim

Soalan:

Berapakah bayaran untuk Google Primer?

Jawapan:

Google Primer dan semua pelajarannya adalah percuma sepenuhnya.

Soalan:

Siapakah yang patut menggunakan Primer?

Jawapan:

Primer adalah untuk sesiapa sahaja yang mahu mempelajari kemahiran perniagaan yang berguna, dari mereka yang baru memulakan perniagaan kecil kepada para pemilik perniagaan veteran, dan juga untuk mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan baru, dari para pelajar ke pengurus jenama.

Soalan:

Topik-topik apa yang dirangkumi Primer?

Jawapan:

Primer menawarkan pelajaran untuk perancangan perniagaan, pemasaran digital, perjualan, kewangan dan lain lain untuk memperkuatkan kemahiran perniagaan anda dan résumé anda. Untuk senarai lengkap kemahiran kami, sila kunjungi Katalog Pelajaran kami.

Soalan:

Bagaimana cara untuk mencari pelajaran?

Jawapan:

Buat masa ini, terdapat 3 cara untuk menemukan pelajaran di Primer:

Paparan Pelajaran di halaman utama yang telah dipilih oleh pasukan Primer dan sentiasa dikemas kini.

Pelajaran Anda yang ditentukan oleh jenis kemahiran yang telah anda dipilih - anda boleh mengubah jenis kemahiran yang dipilih pada bila-bila sahaja pada bahagian Tetapan di profil anda.

Akhir sekali, anda boleh mencari pelajaran atau kemahiran spesifik dengan mengklik kaca pembesar di bahagian kiri sudut di halaman utama.

Soalan:

Bagaimana cara untuk berkongsi apa yang telah dipelajari di Primer?

Jawapan:

Pelajaran, kad pelajaran, cerapan utama, serta panduan langkah praktikal yang terdapat pada Primer boleh dikongsikan, memudahkan anda dan rakan sekerja atau teman-teman anda untuk belajar sekali. Klik tanda panah di bahagian atas halaman Rangkuman Pelajaran untuk mengirimkan atau berkongsikan pelajaran, atau tatal ke bawah untuk mengirimkan atau berkongsikan isi rangkuman pelajaran dan panduan langkah praktikal dari pelajaran tersebut. Untuk mengirimkan atau berkongsikan kad pelajaran tertentu, klik tanda panah di bahagian atas kad.

Soalan:

Di mana boleh saya cari kad yang sudah dipin?

Jawapan:

Anda boleh mencari kad yang telah anda pin di bahagian rangkuman pada penghujung setiap pelajaran, atau di Pelajaran yang Sudah Selesai di profil anda. Pada halaman rangkuman, anda juga boleh mendapatkan cerapan-cerapan penting dan langkah praktikal seterusnya .

Soalan:

Siapa yang mencipta pelajaran Primer?

Jawapan:

Primer bekerjasama dengan pakar dari Google dan industri lain untuk mengumpulkan maklumat dan pengetahuan yang disusun oleh kami dalam pelajaran yang menghiburkan dan interaktif tanpa istilah-istilah perniagaan yang rumit, agar Primer diakses oleh sesiapa sahaja pada setiap peringkat.

Soalan:

Bagaimanakah cara untuk menukar bahasa?

Jawapan:

Buat masa ini, apl Primer tersedia dalam Bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Indonesia, Hindi, Telugu, dan Vietnam. Bahasa dalam apl Primer terhubung dengan pengaturan bahasa di telefon anda - misalnya, jika anda ingin menggunakan apl tersebut dalam bahasa Portugis, ubah pengaturan bahasa di telefon anda ke bahasa Portugis dan apl tersebut akan mengubah pengaturan bahasa secara automatik. Jika ia tidak berkesan, cuba menutup dan membuka semula apl tersebut.

Soalan:

Berapa kerap apl ini dikemas kini?

Jawapan:

Kami sentiasa menambah pelajaran baru dan meningkatkan kualiti apl. Jika anda ingin mengetahui tentang kemas kini Primer, anda boleh memasangkan pemberitahuan mudah alih atau e-mel di bahagian Tetapan pada profil anda.

Soalan:

Bolehkah saya mendapatkan sijil untuk pelajaran-pelajaran Primer yang telah diselesaikan?

Jawapan:

Buat masa ini, Primer tidak menyediakan sebarang pensijilan, tetapi pengetahuan yang anda perolehi melalui pelajaran kami dapat membina kemahiran perniagaan dan pemasaran anda, yang anda dapat gunakan untuk mengembang perniagaan anda ataupun mencari pekerjaan baharu.

Soalan:

Bolehkah Primer didapati dalam versi komputer/desktop?

Jawapan:

Kami mereka bentuk pelajaran kami untuk sebuah apl mudah alih, jadi pelajaran kami pendek, interaktif dan boleh dilakukan di mana sahaja, walaupun di luar talian. Walau bagaimanapun, kami sentiasa mengemas kini dan menambah ciri-ciri baru - jika anda ingin mengambil tahu tentang kemas kini Primer, pasang pemberitahuan mudah alih atau e-mel.

Soalan:

Saya ada idea untuk sebuah pelajaran. Bagaimanakah saya boleh melibatkan diri?

Jawapan:

Kami ingin tahu tentang idea anda. Sila hantar mesej kepada kami di hello@yourprimer.com.